Tentang Kami

TENTANG PENGASAS

Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu En Mohd Selodi Md Ghazali (En Eddy) dan Pn Nor Fazilah bt Abd Mohd.Pasangan ini telah berganding bahu melibatkan diri dengan bisnes sejak 2008,tetapi mula aktif pada 2010.Bisnes pertama yang mereka buat ialah perniagaan emas.Mereka membina empayar perniagaan mereka dan mempunyai pengikut tersendiri dalam bidang berkenaan.

Pn Nor Fazilah bt Abd Mohd merupakan seorang bekas guru yang telah berkhidmat selama 12 tahun (2005-2016) dan pernah terlibat dengan aktif bersama syarikat emas tersohor di Malaysia.Pengalaman yang ada digunakan untuk membantu syarikat emas milik bumiputra sehingga berjaya tetapi atas faktot tertentu,beliau menarik diri dan mula fokus pada bisnes kecil-kecilan yang dilakukan sejak 2011 iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan.Semasa dalam bidang perniagaan emas,beliau pernah dilantik sebagai speaker syarikat emas,masuk radio,masuk suratkhabar dan merupakan penulis buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab yang terjual berpuluh ribu naskhah dan ebook pula beribu unit.Kepakaran beliau adalah dalam pemasaran dan membina rangkaian.

En Mohd Selodi Md Ghazali pula usahawan yang asalnya pernah makan gaji sebagai buruh,pekerja kilang,konduktor dan pemandu bas yang akhirnya berhenti kerja pada 2011 atas sokongan isteri dan meniaga sepenuh masa emas dan perniagaan nangka madu secara kecil-kecilan.Menjadi pelopor kepada perniagaan yang diberi nama Nangka Madu 916 yang akhirnya menjadi fenomena sehingga muncul banyak gerai-gerai lain sepanjang jalan Bentong.Pernah ditemuramah oleh wartawan dari akhbar dan majalah serta mendapat liputan di Sinar Harian sebanyak dua kali.Gerai Nangka Madu 916 selalu mendapat kunjungan VIP,VVIP dan ramai personaliti popular kerana keunikannya yang tersendiri dan tak lupa terkenal dengan satu-satunya kerepek yang boleh didapati di gerai ini jika di Bentong –Kerepek Nangka Lea Frito

Fb Page Nangka Madu 916 – https://www.facebook.com/NangkaMadu916/?ref=ts&fref=ts

Fb Page Kerepek Nangka – https://www.facebook.com/KerepekNangka/?fref=ts




Jika En Eddy lebih cenderung dengan bisnes offline manakala Pn Fazilah pula dengan bisnes online,tapi kelebihan pasangan ini ialah mereka menyokong di antara satu sama lain.Di peringkat awal,Pn Fazilah turut turun padang ke gerai untuk meniaga,membantu penjenamaan gerai dan pemasaran.Begitulah En Eddy membantu Pn Fazilah menjalankan bisnes online dengan membuat pengeposan dan menguruskan tempahan di peringkat awal dulu sehinggalah kini mereka mempunyai 15 orang staf di nama 8 orang adalah pekerja tetap.Mereka terus berganding bahu membangunkan syarikat dan mempunyai pelan jangka masa pendek,sederhana dan panjang.

Matlamat utama ialah menawarkan produk berkualiti yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai dan membantu menyelesaikan masalah mereka.Kebanyakan produk adalah dari bahan semulajadi kerana sedaya upaya mereka mahu berusaha mengurangkan penggunaan bahan mengandungi kimia berbahaya.

Akan datang,syarikat akan memasarkan lebih banyak produk-produk yang berkualiti untuk memenuhi keperluan masa kini.Syarikat juga komited membantu para pengedar dengan pembangunan yang berterusan.Bantuan pemasaran juga diberi kepada para pengedar dan sentiasa mengadakan program seperti kelas bisnes online dan banyak lagi untuk membantu meningkatkan kemahiran para pengedar.

InsyaAllah En Eddy dan Pn Fazilah akan terus komited membawa syarikat terus maju ke depan dan membantu lebih ramai orang.