Soalan: Bagaimana Nak Elakkan Allergen Dalam Rumah?

 

Hi semua. Selamat pagi dan moga-moga Puan-puan semua sihat belaka.

Ok, semalam saya ada janji nak kongsi tips kan? Orait. Tips yang saya nak kongsi tu pasal cara-cara atau PANDUAN TEPAT bagaimana nak elakkan allergen berada dalam rumah.

Ehh..sekejap sekejappp…allergen tu apa?

Allergen tu dalam bahasa mudah dia, perkara atau benda yang boleh mendatangkan alahan dan asma. Dengan kata lain, allergen ni TAK BOLEH ADA DALAM RUMAH orang yang ada asma.

Boleh baca dan share tips2 kat bawah ni ye:

Basuh semua cadar, selimut dan sarung bantal dengan air panas setiap minggu
Kalau boleh, elakkan guna permaidani di rumah (boleh jadi sarang hama)
Langsir? Cuba elakkan juga.
Masa mengelap perabot atau permukaan meja, gunakan kain basah supaya habuk melekat
Kalau nak belikan mainan utk anak-anak, cari yang mudah dibasuh
kalau mampu, cubalah guna air cond berbanding kipas
Binatang seperti kucing sangatlah tidak digalakkan.
Waktu pagi paling berisiko beri anak bermain di luar rumah, sebab debunga banyak keluar time2 macam tu.

Forward kt kawan-kawan, supaya tips-tips ni boleh dipraktikkan ya 😉

kredit to page : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Pengedar
No id

penawar-asma-produk

 

Leave a Reply