Kenapa “ASMAK”?

Kami menukar perkataan dari “asma” kepada “Asmak” adalah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan perkataan penyakit seperti Asma, Kencing Manis, Darah Tinggi pada produk kesihatan.

Selain Itu kami juga memilih “ASMAK” kerana ia membawa maksud “kemuliaan” di dalam bahasa Arab. Selain itu, dalam sejarah Islam, wanita yang bernama Asmak adalah antara wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Ingin kami tegaskan disini, produk kami adalah produk Pre-approval  KKM, kerana itu kami begitu serius & komited mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM sama ada dari bahan, proses sehinggalah ke nama produk demi keselamatan pengguna yang disayangi.

Kami telah menggunakan label baru ini bermula 25 Ogos 2016 dan akan bertukar sepenuhnya pada 1 oktober 2016.

Leave a Reply