Isu Penukaran Label dan Design Baru Minyak Herba Asmak

Assalamu’alaikum wrt & Salam Sejahtera,

Para pelanggan yang dikasihi,

1. Pada pertengahan Ogos 2016, terdapat pertambahan versi Minyak Herba Asma di pasaran (selain versi HomeMade & MHAMSB) iaitu versi berhologram MAL KKM tiruan.

img-20160911-wa0012

2. Untuk mengelakkan kekeliruan dan juga untuk branding, pihak HQ telah mengambil keputusan strategik untuk menukar label dengan design baru dan nama baru (Minyak Herba Asmak) lebih awal. Keputusan ini juga adalah hasil perbincangan dengan jemaah tertinggi pengedar.

3. Walaubagaimanapun, pihak HomeMade telah mengambil kesempatan dengan menyatakan pihak kita telah menukar label kerana desakan mereka melalui surat peguam kepada pihak HQ. (Lampiran 1 – post mereka di page HQ homemade)

img-20160911-wa0011

4. Dengan ini, pihak HQ MHAMSB MENAFIKAN sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Keputusan penukaran label adalah keputusan bersama dengan jemaah tertinggi pengedar yang hanya membincangkan permasalahan minyak tiruan berhologram MAL KKM palsu (yang kini ada yang berhologram MAL KKM palsu,ada yang tidak)

5. Ternyata keputusan kita itu adalah tepat kerana awal September 2016, ada satu lagi versi tiruan iaitu Pati Herba Asma. Dengan penukaran label ini, kita telah membezakan brand kita dengan semua versi2 yang ada di pasaran. (lampiran 2 – gambar2 versi)

6. Pada 5 Sept 2016, pihak HomeMade telah menyiarkan surat daripada peguam mereka kepada pihak HQ yang menuntut pemberhentian penggunaan label Minyak Herba Asma Mujarab yang lama.

7. Memandangkan pihak kita sudahpun menukar label hampir dua minggu, tindakan mendedahkan surat ini sebenarnya adalah tidak relevan lagi, dan ini adalah satu lagi tindakan provokasi tanpa henti pihak HomeMade terhadap kita.

8. Pihak HQ sebenarnya tidak terkesan langsung dengan surat ini, dan kami telahpun membalas surat tersebut, juga melalui peguam. (lampiran 3 – PM yang dihantar HQ kepada page HQ homemade)

img-20160911-wa0014

img-20160911-wa0013

9. Bukan itu saja, pihak HQ MHAMSB juga telah menghantar SURAT TUNTUTAN MAAF/TARIK BALIK STATEMENT kepada Wahida Ibrahim dan Abdul Halim (pengedar minyak HomeMade daripada PAKCIK) yang berakhir pada 5 Sept 2016. Pihak HQ akan meneruskan SAMAN kepada mereka jika tiada lagi jawapan selepas Raya Haji nanti.

10. Walaubagaimanapun, pada 6 Sept 2016, selepas membaca PM yang dihantar oleh HQ MHAMSB,surat peguam pihak HomeMade telah dikeluarkan daripada post FB tersebut (adakah kerana mereka takut?jika mereka benar kenapa padam post?Namun para agen mereka masih gigih printscreen dan viral sana sini sedangkan post asal telah dipadam. Anda nilailah sendiri.)

11. Dalam post yang sama juga, ada ditunjukkan juga laporan Drug Screening Analysis dari Pusat Racun Negara (PRN) (lampiran 6 – repot PRN). Suka dinyatakan beberapa perkara tentang laporan ini :

a) Drug Screening Analysis sebenarnya adalah tidak relevan, ia hanya untuk mengesan Drug yang ada dalam ubat/pil. Yang lebih relevan adalah laporan untuk mengesan ‘toxicology element’ atau ‘heavy metal’

b) Sampel yang dihantar untuk ujian tidak semestinya sama dengan sampel yang dijual di pasaran

c) PRN tidak melakukan pemantauan berkala terhadap sampel yang pernah dihantar. Berbeza dengan MAL KKM, pihak KKM akan membuat pemantauan terhadap produk/sampel yang mendapat MAL

d) Keselamatan pengguna bukan hanya bergantung kepada sama ada wujud atau tidak bahan terlarang semata-mata. Bahan yang dibenarkan pun, jika melebihi kuantiti/dos yang dibenarkan, ia juga boleh membawa kemudaratan

12. Dengan fakta-fakta yang telah dinyatakan di atas, diharapkan semua pihak tidak gusar dengan rantaian tindakan provokasi dari pihak lain. Pihak kami sentiasa melakukan yang terbaik untuk anda semua dengan mengikuti garis panduan undang-undang.

13. Kenyataan ini hanyalah jawapan kepada provokasi yang telah dimulakan oleh pihak lain. Sepertimana biasa, pihak kita tidak akan memburukkan mana-mana pihak lain dan sebarang tindakan yang dibuat hanyalah tindakan membela diri.

14. Diharapkan semua pihak terus yakin dan sentiasa berdoa agar urusan KKM akan dipermudahkan. Segala sokongan dari anda semua, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Mohd Selodi Md Ghazali
Nor Fazilah Abd Mohd
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd 1189521-H

7.09.2016

Comment List

  • nani 13 / 10 / 2016 Reply

    assalamualaikum..sy ada beli minyak herba ni di sebuah kedai bayi.baru harini sy try cari keberkesanan minyak ni tak sangka sy jumpa hq pemilik sebenar minyak ni.sy binggung adakah minyak yg sy beli sblm ni adalah tiruan. sy try sapu pd bayi sy tapi mcm xde apa2 perubahan ..sy risau skrg klu2 betul ke sy telah mnggunakn minyak tiruan .kesian bayi sy,skrg die sdg mengalami batuk kering . 🙁

  • ALI 16 / 11 / 2016 Reply

    Ada 2 syarikat yang mengatakan mereka adalah pengeluar asal.

    Untuk menyemak, boleh sahaja semak pendaftaran website masing-masing.

    —————–
    Syarikat 1
    —————–
    http://herbaasma.com/

    Boleh semak melalui URL ini

    https://www.whois.net

    —————–
    Syarikat 2
    —————–

    http://penawarasma.com.my

    Boleh semak melalui URL ini

    http://whois.mynic.my

    ===================================

    Hasil carian mendapati syarikat 1, menyembunyikan identiti syarikat mereka. Syarikat 2 pula tidak menyembunyikan identiti syarikat mereka.

    Tambahan, untuk pendaftaran URL .com.my perlu mengemukakan maklumat syarikat yang sah dan tidak boleh menggunakan maklumat perseonal dan ia akan dipantau oleh SSM dengan teliti. Manakala untuk pendaftaran URL .com boleh sahaja mendaftar tanpa perlu mengemukakan maklumat sebenar.

    Sedikit info, bagi yang mencari kebenaran. Semoga ia bermanfaat.

    p.s – Stiker, no. KKM, hologram dan lain-lain bahan boleh ditiru dengan mudah. Tetapi pendaftaran di dalam sistem pendaftaran URL ini agak sukar untuk dimanipulasi.

  • ALI 16 / 11 / 2016 Reply

    Untuk menyemak pendaftaran No. KKM boleh lawati laman ini

    ———————————-
    http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/index.jsp?mod=search_product
    ———————————-

Leave a Reply