9 Tips Ohsem Sebagai Panduan Memulakan Bisnes

Assalamualaikum & Salam Sejahtera dari Lelaki Minyak terhangat di pasaran. Saya merupakan superstokis lelaki pertama yang dilahirkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd. Saya bermula dari zero tanpa sebarang basic perniagaan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada CEO syarikat, Cikgu Fazilah & En. Eddy kerana membimbing saya untuk terus maju sehingga ke tahap ini. Saya berharap kisah saya ini dapat memberi inspirasi kepada peniaga kecil di luar sana. Tak perlu rasa rendah diri dan malu untuk belajar jika kita inginkan kejayaan. Yang penting usaha kena kuat, hati kena kental, Insyaallah kejayaan akan menyusul kemudian. Saya kongsikan sedikit tips bagaimana saya bermula menjual Minyak Herba Asma Mujarab ini.

1. Baca Tips-tips dalam group whats app agen
Percaya atau tidak, jualan saya sangat slow pada permulaan. Saya beli & simpan 10 botol minyak asma selama 2 bulan tanpa jual kepada sesiapa. Sebab saya mati akal, x tau macam nk start. Last2 saya bagi sebotol kat mak saya untuk cuba.

Selepas sebulan saya di add oleh cikgu fazilah dalam group wassap agen. Saya baca tips2 kat situ. Saya mulakan langkah pertama

2. Mudah.my
Ok. Ni langkah pertama. Saya start iklan minyak asma dalam mudah.my. Dan hasilnya customer pertama datang dari mudah.my. Dari situ saya mula bersemangat. Perkara paling best bila orang dari bukit jelutong sanggup datang ke hentian kajang untuk dapatkan minyak ni. Saya rasa produk ni memang power, Insyaallah.

3. Just Do, Dont Ask
Saya mula belajar buat story telling, copy testimonial, buat testimonial sendiri. Bende ni semua sangat asing bagi saya. Saya tak suka. Tapi saya paksa diri untuk buat. “Just Do, Dont Ask”. Saya nampak hasilnya. Ada customer yang comment & PM nak beli lepas nampak storytelling, testimoni yang saya buat.

4. Blogspot & WordPress
Saya buat blog khas untuk minyak asma. Alhamdulillah, banyak juga carian google dari blog yang saya buat ni. Saya juga update semua benda berkenaan asma. Dari sini, saya dah mula tahu tentang penyakit asma. Sebab sebelum nak tulis artikel, saya kene study dulu.

5. Sokongan Ahli Keluarga
Agen pertama saya adalah abang saya, lepas tu kakak saya. Mereka sangat suportive. Dari situ agen saya mula berkembang dari satu kawasan ke satu kawasan. Mak saya pun tolong saya jual di kampung. Tapi mak, saya tak panggil agen. Saya panggil tuan penasihat. Hehe..

6. Instagram
Saya sebelum ni tak pernah tahu cara nk guna iG. Tapi dalam dunia sekarang, kalau kita tak kuasai teknologi kita akan ketinggalan. Saya pernah dengar kawan saya cakap, kalau kita ada IG, sales akan lebih laju. Memang betul apa yg kawan saya cakap. Ramai juga customer saya datang dari IG.

7. Group whatsapp.
Groups whatsap tempat kerja, adakalanya membantu jualan. Tapi saya tak galakkan sangat jual kat tempat kerja. Sebab momentum dia kurang. Dan kebiasaan kawan sendiri susah nak suppport kita kalau kita berniaga. (Sorry to say).

8. Setup sendiri group whatsapp untuk agen
Selepas kes seal hijau & seal putih. Saya terus buat group whatsap untuk memudahkan penerangan pada agen-agen. Group whatsapp ni nampak macam tak penting. Tapi sebenarnya penting untuk kita sebarkan maklumat penting dan buat agen rasa dihargai. Group whatsapp saya jenis santai-santai ja. Tak pressure pun.

9. Jangan usik duit modal. Sebab kita nak rolling modal. Ini adalah rahsia terbesar saya, bagaimana saya boleh upgrade dari agen, stokis ke superstokis. (Mohon jangan didedahkan rahsia ini)
Apa lagi ya? Anda sambung lah sendiri tips seterusnye.. Terima kasih kerana sudi membaca.

Cuma kena ingat. Sales ada jatuh bangun. Berterima kasihlah kepada Allah S.W.T yang maha pemberi rezeki.

Saya harap semoga kita semua sama-sama maju ke hadapan. Insyalllah. Terima kasih atas sokongan semua.

Mohd Rafhan Abd Samat
TEL: 0125586734
FB: Mohd Rafhan
Blog: http://minyakherbaasma.blogspot.my

One Comments

  • Terima kasih kerana sudi membaca tips dari saya. Semoga maju jaya bakal pengedar & pengedar Minyak Herba Asmak,

Leave a Reply